Tuesday, October 26, 2010

Mikro Peredaran

Peredaran ialah pengaliran darah dari jantung ke seluruh badan menerusi pelbagai saluran darah. Ia tiba di organ penerima melalui makro dan mikro peredaran. Ia menghantar oksigen dan makanan ke organ dan mengangkut kembali karbon dioksida dan menghantarnya semula ke paru-paru. Setiap sistem mengawal satu fungsi yang amat penting. Kerosakan pada satu sistem akan mengakibatkan kesan buruk terhadap sistem yang lain. Kesemua sistem bergantung kepada saluran darah untuk keperluan oksigen dan nutrien. Pertukaran oksigen dan segala pemindahan berlaku pada tahap mikro peredaran.

Mikro peredaran amatlah penting, kerana itu ia juga disebut jantung kedua, Kerosakan mikro peredaran merupakan punca segala penyakit dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut!!

Antara penyakit yang disebabkan oleh masalah mikro peredaran ialah DIABETIS, DARAH PEKAT, DARAH TINGGI, HEPATITIS, STROKE, DLL.