Tasly Profile

TASLY Group telah ditubuhkan pada 10hb Mei 1994. Ianya terletak di beichen Hi-Tech Park, Tiajin, China dan berkeluasan 175,000 kaki persegi. Syarikat ini sangat terkenal dengan Perubatan Tradisional Cinanya dan mempunyai pakar-pakar dalam bidang tertentu seperti perubatan, produksi dan pemasaran. TASLY Group telah menubuhkan 8 cawangan profesional, 4 cawangan luar negara dan 191 pejabat di serata 40 negeri di China. produk-produk kami telah dijual ke 20 negara antaranya ialah Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Australia dan Asia. Dengan pencapaian lebih 90% peningkatan dalam jualan tahunan, aset TASLY Group telah menunjukkan nilai peningkatan sebanyak 500 kali ganda.

Tasly (Malaysia) Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai TASLY telah ditubuhkan pada Mac 2004 dengan modal sebanyak RM5 juta adalah milik sepenuh TASLY Group dan merupakan syarikat multi-level marketing pertama yang ditubuhkan di Asia. Sasaran pemasaran kami bukanlah hanya di Malaysia, tetapi di serata negara yang lain. 9 hb Disember 1997, Danshen Plus Capsule, produk terulung kami telah berjaya melepasi tahap piawaian dan standard U.S FDA ind. Pusat kajian perubatan Tasly telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan kelulusan kementerian kerajaan China dan Persatuan Doktor-doktor di China. TASLY Group telah berjaya memenangi anugerah Syarikat Enterprise contoh untuk pembangunan Industri Perubatan China. Tembok mural perubatan China, yang diperbuat daripada batu granit yang diukir di kawasan perkilangan TASLY Group telah dicatatkan pada Guinness Of World records.
 
23hb Ogos, TASLY Phamaseutikal Co. Ltd. telah berjaya memasuki senarai dalam Bursa Saham Shanghai dan kami berjaya memperolehi 50,000.000 saham kelas a dengan jayanya. Jabatan Perubatan dari Universiti Peking telah bekerjasama dengan TASLY Group untuk menubuhkan 'Peking-Tasly Microcirculation Research Center" pada tahun 2002. TASLY Pharmaseutikal Co.Ltd. telah berjaya memperolehi sijil GMP dari TGA (Therapeutic Goods Administration) Australia yang membuktikan bahawa Tasly Pharmaseutikal Co. Ltd. telah berjaya mendapat nama di negara-negara maju. Pada tahun 2003, Tasly Group telah dinilai sebagai 'THE MOST VALUABLE INVESTMENT ENTERPRISES'. Pada tahun 2004, Tasly telah menubuhkan ladang herba pertama di shangluo, Daerah Shanxi, dan merupakan syarikat yang pertama memperolehi sijil GAP di China. Tasly Phamaseutikal Co. Ltd. telah menubuhkan sistem pengurusan yang moden, berskala besar dan saintifik selari dengan kehendak ISO9001:2000 dan status GMP untuk produksi pengeluaran. Pada tahun 2005, Tasly Group telah diiktiraf sebagai ' CHINA TOP 500' dan 'THE MOST ADVANCED MANUFACTURING PLATFORM'. Pada Oktober 2005, Tasly telah diiktiraf sebagai ' FAMOUS CHINESE TRADEMARK'. Pada tahun 2005, kami diiktiraf sebagai 'TOP TEN BEST DIVIDENDS LISTED COMPANIES'.